fbpx

IDW sasar perolehan RM30 juta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKMAN (tengah) bersama Pengasas Richworks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman (kanan) pada majlis pelancaran Wisma IDW di Setia Alam, Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Syarikat reka bentuk dalaman, IDW Design & Build Sdn. Bhd. (IDW) mengunjurkan perolehan mencecah kepada RM30 juta pada tahun ini.

Pengasas IDW, Lokman Hakim Ahmad Subki berkata, misi untuk mencapai nilai tersebut bersandarkan kepada jumlah projek yang diterima ketika ini, susulan pembukaan semula ekonomi negara sejak beberapa bulan lalu.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, banyak projek pelanggan kami tidak dapat dilaksanakan, namun ber­syukur kerana keba­nyakan pelanggan tidak pernah meminta kami memulangkan wang tempahan yang telah dibayar.

“Pelanggan memahami situasi tersebut kerana bukan kami yang melengah-lengahkan tempahan mereka, tetapi keadaan ketika itu menyebabkan kami tidak dapat memulakan kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pe­rasmian Wisma IDW di Setia Alam di sini baru-baru ini.

Lokman Hakim menerangkan, hampir 90 peratus daripada tempahan yang diterima adalah daripada pelanggan individu untuk pelbagai jenis projek rekaan kediaman, pejabat dan resort.

Mengulas mengenai wisma yang bernilai kira-kira RM5 juta itu, beliau berkata, ia telah dibeli pada tahun 2020 bagi menampung keperluan pekerja dengan menawarkan suasana pejabat yang lebih kondusif dan tempahan projek yang semakin bertambah.

Selain membina jenama di pasaran yang berpotensi, ia juga dapat memberi ruang kepada pe­langgan untuk melihat seni reka dalaman kediaman atau pejabat serta membolehkan pelanggan mendapatkan konsultansi daripada kumpulan pemasarannya.

Selain itu, untuk perancangan masa depan, Lokman Hakim memaklumkan bahawa, pihaknya bercadang untuk membina sebuah kilang untuk melengkapkan serta memudahkan pengoperasian dengan menawarkan per khidmatan lebih baik kepada pelanggan.

Buat masa ini, syarikat sedang mengenal pasti beberapa lokasi bersesuaian untuk projek kilang tersebut.
“Jika tidak bina kilang, mungkin kita akan beli saham syarikat yang telah lama menjalankan perniagaan tersebut,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI