fbpx

‘Disebabkan prosiding kes cabul saya tidak dipanggil stesen tv’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED SHAH IQMAL

PETALING JAYA – “Alhamdulilah saya dilepas dan dibebaskan.”

Itu luahan pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, selepas selesai prosiding kes yang memutuskan dia dilepas dan dibebaskan (DNA) atas pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

“Saya tidak boleh nak cakap apa, memang setiap bulan jika mahkamah suruh saya datang (prosiding mahkamah) saya ha­dir macam biasa.

“Disebabkan prosiding kes ini (mencabul dan persetubuhan luar tabii), saya tidak dipanggil stesen televi­syen,” katanya.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan Syed Shah Iqmal, 27, dilepas dan dibebaskan selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros.

“Saya bersetuju dengan hujah­an peguam bela, kes ini di DNA, Orang Kena Tuduh (OKT) dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan,” kata Hakim itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon kes yang dipertuduhkan ke atas Syed Shah Iqmal itu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) mengikut Seksyen 254 (2).

“Selepas meneliti keseluruhan kes, pihak pendakwaan memohon kes ini diperintah untuk DNAA. Ia memandangkan antara lain pengadu dalam kes ini me­ngalami kemurungan serius atas kejadian yang menimpanya sehingga pengadu beberapa kali mencederakan diri sendiri dan mempunyai Death Wishes (keinginan mati),” katanya.

Menurut Norhashimah, perintah DNAA tidak akan mempre­judiskan tertuduh selagi tidak dibuktikan bersalah.

SYED SHAH IQMAL (kanan) bersama peguamnya, Syed Amirul ketika ditemui selepas prosiding kes di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.

Sementara peguam Syed Amirul ketika berkata, alasan bahawa pengadu me­ngalami kemurungan dan berada dalam kea­daan tidak baik untuk memberi keterangan merupakan suatu alasan yang goyah.

Kata Syed Amirul, adalah wajar untuk berasa simpati kepada mangsa, namun mahkamah telah menetapkan tarikh sebanyak 13 kali termasuk sebutan kes namun pengadu sendiri telah menarik balik laporan pada Disember tahun lalu.

“Ini menunjukkan pengadu tidak berminat untuk meneruskan kes ini. Laporan polis yang menjadi asas, telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela, tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan,” katanya.

Menurut peguam itu lagi, sekiranya perintah dilepas tanpa dibebaskan diberikan, ia membawa maksud tertuduh masih boleh dituduh bila-bila masa dan perkara itu akan menghantui tertuduh sebagai pesalah seks.

Berita berkaitan: [VIDEO] Saya sedia untuk dibicarakan – Syed Shah Iqmal

Berita berkaitan: Syed Iqmal bayar jamin RM35,000

Pada 20 April lalu, perbicaraan kes Syed Shah Iqmal ditangguhkan selepas mangsa atau pengadu kes tidak hadir memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan.

Syed Shah Iqmal sepatutnya dibicarakan pada 18, 20, 21 dan 22, 25 hingga 29 April dan sehari pada 17 Mei ini.

Berita berkaitan: [VIDEO] Syed Iqmal lepas, bebas dua pertuduhan jenayah seksual

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal me­ngaku tidak bersalah atas pertuduhan me­lakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatannya terhadap mangsa yang ketika itu berusia 22 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di antara pukul 3 pagi dan 4 pagi, 17 Oktober 2020 di rumah sewanya di Empire City, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana dekat sini.

Sementara itu, di Mahkamah Shah Alam, Syed Shah Iqmal masih berdepan de­ngan satu lagi pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun di dalam bilik di sebuah kondominium di Seksyen 7 Shah Alam pada pukul 11.35 malam pada, 11 September 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI