fbpx
BOEHLY (tengah) kini sah menjadi pemilik baharu Chelsea sekali gus segala sekatan yang dikenakan kepada kelab itu ditarik balik. – AFP

Chelsea kini bebas sebarang sekatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Jabatan Budaya, Media dan Sukan United Kingdom sudah memberikan ‘lampu hijau’ buat Chelsea untuk terbabit dalam sebarang aktiviti perpindahan pemain dan segala sekatan terhadap kelab itu kini sudah pun ditarik balik.

Kebenaran itu dibuat selepas selesainya urusan jual beli kelab itu daripada Roman Abramovich kepada konsortium Todd Boehly dan kerajaan United Kingdom juga memberikan jaminan penjualan itu tidak sesekali akan memberikan keuntungan kepada jutawan dari Rusia berkenaan.

“Sejak sekatan ke atas Abramovich pada 10 Mac lalu, kami terus bekerja untuk memastikan kelab ini kekal ‘bermain’ bola sepak dan mengekalkan integriti. Pertukaran pemilikan menandakan satu episod baharu buat Chelsea demi kepentingan peminatnya, kelab dan komuniti bola sepak.

“Kelab itu tidak lagi tertakluk dengan sekatan yang dikenakan ke atas Roman Abramovich. Masa depan jangka masa panjang kelab kini sudah pun terjamin dan memastikan individu yang disekat (Abramovich) tidak akan dapat manfaat daripada penjualan ini.

“Kerajaan akan terus me­ngawal bagi memastikan perkara ini tidak berlaku. Kami akan pastikan hasil yang diperoleh akan digunakan untuk tujuan kemanusiaan di Ukraine ekoran pencerobohan Rusia,” kata jurucakap kerajaan.

Sebelum ini, ekoran sekatan yang dikenakan, Chelsea hanya diberikan lesen khas bagi membolehkan kelab itu menamatkan musim 2021/22 dan kini segalanya bebas buat The Blues melakukan sebarang transaksi khususnya di jendela perpindahan musim panas nanti. – AGENSI

POPULAR