fbpx

Tahap kepatuhan kepada Awas cecah 99 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (kiri) menyampaikan sijil apresiasi kepada Pengarang Kosmo!, Wan Hasnan Wan Hasan pada Majlis Sambutan Hari Raya dan Apresiasi 76 Tahun JPJ di Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Tahap kepatuhan pengguna jalan raya terhadap Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) mencecah 99 peratus khususnya pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, ia sekali gus membuktikan bahawa aktiviti penguatkuasaan dan advokasi yang berterusan telah menyumbang kepada rekod pematuhan itu.

Beliau berkata, perkembangan itu turut menurunkan bilangan kemalangan dan kematian sepanjang tempoh Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022.

“Pada masa sama, bilangan notis saman P22 bagi setiap 100 kenderaan yang diperiksa juga menurun kepada 18.5 peratus pada 2022 berbanding 35.2 peratus pada 2019.

“Lebih membanggakan lagi, apabila tiada kemalangan melibatkan bas direkodkan pada tahun ini. Dianggarkan 1,500 buah bas beroperasi dengan kapasiti satu juta penumpang pada musim perayaan lalu,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri JPJ 2022 hari ini.

Terdahulu, JPJ turut meraikan jasa dan kerjasama pihak media dalam melaporkan berita berkaitan jabatan itu dengan menganugerahkan Sijil Apresiasi yang disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Pengarang Kosmo!, Wan Hasnan Wan Hasan turut hadir bagi menerima Sijil Apresiasi itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI