fbpx

Lelaki ditemui mati dalam kereta Mclaren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui mati dalam kereta Mclaren yang diparkir di hadapan sebuah pusat hiburan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta mewah model Mclaren yang diparkir di hadapan sebuah pusat hiburan KTV di tepi Jalan Gelang Off Jalan Sungai Besi, dekat sini semalam.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Najilan Che Pa berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.03 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian didapati sebuah kereta mewah model McLaren diparkir berhadapan pusat hiburan berkenaan dan terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas dan sebaik berjaya dibuka, pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 28 tahun dan beralamat di Klang, Selangor.

“Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah hadir di tempat kejadian pada pukul 8.49 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa dan jenazahnya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan bedah siasat,” ujarnya.

Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI