fbpx

Kanada cadang bekukan pemilikan pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR hiasan. Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengemukakan rang undang-undang berkenaan beberapa hari selepas insiden tembakan maut di Amerika Syarikat. - AFP

OTTAWA – Perdana Menteri Justin Trudeau memaklumkan bahawa Kanada akan memperkenalkan larangan penuh terhadap pembelian dan penjualan semua jenis pistol, lapor Badan Penyiaran British (BBC). 

Kerajaan pimpinannya mencadangkan undang-undang baharu yang akan membekukan pemilikan persendirian semua senjata api laras pendek.

Undang-undang berkenaan tidak akan mengharamkan pemilikan pistol sama sekali tetapi akan menjadikannya haram untuk dibeli.

Cadangan Trudeau dikemukakan beberapa hari selepas insiden tembakan di sebuah sekolah rendah di Texas, Amerika Syarikat yang membunuh 21 orang.

Rang undang-undang mengenainya akan dibentangkan kepada Parlimen Kanada Isnin ini. Ia antara lain, melarang tindakan membeli, menjual, memindahkan atau mengimport pistol di negara berkenaan.

“Selain menggunakan senjata api untuk menembak dan memburu dalam aktiviti sukan, tidak ada sebab untuk sesiapa di Kanada memerlukan senjata api dalam kehidupan harian mereka.

“Memandangkan kita melihat keganasan senjata api terus meningkat, adalah menjadi kewajiban kita mengambil tindakan,” kata Trudeau kepada pemberita.

Dalam pada itu, rang undang-undang tersebut juga akan menetapkan peraturan untuk kelopak raifal yang boleh diisi lima butir peluru sahaja pada sesuatu masa.

Lesen daripada pemilik senjata api yang terlibat dalam keganasan rumah tangga atau jenayah juga akan ditarik balik.

Trudeau turut mengumumkan pengharaman serta-merta ke atas 1,500 senjata api gred tentera.

Rang undang-undang baharu juga itu akan mengehadkan bilangan pistol yang dimiliki secara sah di Kanada. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI