fbpx

Aespa dikritik menyanyi miming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Aespa

KUMPULAN Aespa cukup popular dalam kalangan peminat dan setiap kali mengadakan persembahan, mereka sentiasa dipuji kerana memberikan yang terbaik.

Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka baru-baru ini apabila dikritik netizen gara-gara menjadi satu-satunya kumpulan yang menyanyi secara ‘miming’ pada festival tahunan musim luruh di Universiti Korea.

Kumpulan itu mengunjungi universiti tersebut pada Khamis minggu lalu dengan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka iaitu Black Mamba, Next Level, Savage dan Dreams Come True.

Netizen lantang mengkritik Aespa apabila mereka menyedari kumpulan itu tidak menyanyi secara langsung (live) sehingga menjadi topik dalam kalangan pelajar universiti tersebut.

“Ada momen kelakar sewaktu persembahan Aespa. Winter memang 100 peratus lip sync tetapi penonton bersorak ketika dia bercakap seperti biasa.

“Maksud saya, Winter memang penyanyi yang bagus tetapi momen itu seperti satu babak komedi gelap,” kata seorang netizen.
Tambah netizen, hanya Aespa yang tidak menyanyi secara langsung berbanding kesemua artis jemputan lain yang hadir iaitu AKMU, Psy, Jay

Park, Red Velvet, (G)I-DLE dan Younha.

“Apa sebab nak lip-syncing di festival universiti? Perbuatan itu sangat biadab kepada audiens,” selar netizen lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI