fbpx

RM10 juta bina pusat rekreasi keluarga di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Pattah (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah berupa sebuah basikal kepada pemenang cabutan bertuah pada Program Berbasikal Bertam di Kampung Bertam Baru, Gua Musang. /FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Sebuah pusat rekreasi keluarga yang dianggarkan bernilai RM10 juta bakal dibina di sekitar kawasan Sungai Ketil yang bakal memberi manfaat kepada lebih 10,000 penduduk di daerah ini.

Ketua Jajahan Daerah Gua Musang, Ab. Pattah Hasbullah berkata, pusat rekreasi itu yang akan dibina di atas tanah seluas 5.2 hektar itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Pusat rekreasi itu dibina di bekas tapak kawasan setinggan. Kemudahan yang akan dibina antaranya pusat reakrasi, fasiliti sukan dan skrin diod pemancar cahaya (LED) untuk menonton perlawanan bola sepak,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Berbasikal Bertam yang dianjurkan oleh Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff dan Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail.

Tambah Ab. Pattah lagi, pihaknya kini sedang menjalankan usaha untuk menceriakan bandar Gua Musang dengan lampu hiasan pada waktu malam yang melibatkan kos kira-kira RM55,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI