fbpx

Gaduh angkara dadah disyaki punca lelaki jatuh bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman (kanan) bersama isteri, Suriati Muhamad membuat apam balik ketika Majlis Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Johor di IPK, Johor Bahru semalam. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Gara-gara tidak menjelaskan hutang dadah, seorang lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan sebelum terjatuh dari aras dua sebuah apartmen di Jalan Masai Jaya 2, dekat sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 12.45 tengah malam mengenai kejadian seorang individu maut disyaki terjatuh dari balkoni bangunan.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian bersama Unit Forensik mendapati terdapat kesan pergelutan dan terdapat kesan cedera serta pendarahan di bahagian belakang kepala.

“Kita percaya terdapat unsur jenayah yang menyebabkan mangsa terjatuh di tempat kejadian,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Jelasnya, susulan insiden itu, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri dan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Alam berjaya memberkas tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 33 tahun ditahan di kawasan sekitar Desa Jaya, di sini.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian berlaku ekoran masalah hutang dadah jenis syabu membabitkan mangsa berusia 23 tahun itu.

“Susulan penahanan ini, kita berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan mangsa itu telah dibunuh dahulu sebelum ditolak jatuh dari balkoni apartment itu, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI