fbpx
BILLIE EILISH

Billie Eilish tersinggung, penyakit jadi bahan lawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI terkenal Billie Eilish mendakwa tersinggung apabila menjadi mangsa dan dipersendakan orang sekeliling gara-gara penyakit sindrom Tourette yang dialaminya sejak berusia 11 tahun.

Sindrom Tourette merupakan keadaan seseorang pesakit akan melakukan perbuatan berulang-ulang kali.

Menurut penyanyi berusia 20 tahun itu, penyakitnya akan jelas kelihatan apabila dia terlibat dalam sesuatu pekerjaan yang mengambil masa terlalu lama.

“Saya akan melakukan sesuatu perbuatan yang berulang kali jika bekerja terlalu lama.

“Ramai yang ketawakan saya kerana mereka berfikir penyakit itu sesuatu yang kelakar. Saya sangat tersinggung dengan perbuatan mereka,” ujarnya.

Ujar pelantun lagu Bad Guy itu lagi, dia tidak mempunyai masalah untuk berkongsi tentang penyakit yang dialami, namun tujuannya bukan untuk dijadikan bahan gurauan.

“Saya suka berkongsi tentang penyakit saya, namun bukan bertujuan untuk menjadi bahan gurauan,” katanya.

POPULAR