fbpx

Wabak hepatitis misteri terus merebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU bapa diminta berwaspada dengan tanda-tanda jangkitan hepatitis. - Burger/Phanie/Rex Features

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 650 kes hepatitis misteri telah menjangkiti kanak-kanak di 33 negara, meningkat sekitar 36 kes berbanding kemas kini antarabangsa pada minggu lalu, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Sebanyak 99 lagi kes sedang menunggu klasifikasi. 

Minggu lalu, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Eropah melaporkan sejumlah 414 kes penyakit itu masih dalam siasatan di 30 negara.

Kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan kes iaitu 222 direkodkan di Britain dan 216 kes lagi di Amerika Syarikat (AS), demikian menurut WHO.

Siasatan antarabangsa mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak jatuh sakit pada Mac dan April lalu.

Sebelum penularan wabak tersebut, kira-kira separuh daripada kes hepatitis akut atau keradangan hati pada kanak-kanak dilaporkan tidak diketahui puncanya.

WHO bagaimanapun berkata, kes yang disiasat ketika ini dilihat berbeza daripada yang pernah disaksikan oleh pakar-pakar sebelum ini.

Wabak hepatitis itu dilaporkan merebak pantas dan lebih teruk dengan lebih ramai kanak-kanak mengalami kegagalan hati.

Daripada 156 kes kemasukan ke hospital, kira-kira 14 peratus memerlukan rawatan rapi dan 12 peratus memerlukan pemindahan hati.

WHO berkata, tidak jelas sama ada jangkitan sebenar adalah lebih besar berbanding jangkaan pakar pada tempoh masa yang sama.

Sebanyak 75 peratus kanak-kanak yang dijangkiti berumur di bawah lima tahun. Kebanyakan mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat sebelum menghidap penyakit tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI