fbpx

Enam sekeluarga terselamat dari rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah di Klang.

KLANG – Enam sekeluarga nyaris rentung apabila kediaman mereka di Taman Gembira di sini, terbakar awal pagi tadi.

Kebakaran kira-kira pukul 1 pagi berlaku ketika semua mangsa berusia 19 hingga 56 tahun sedang nyenyak tidur di rumah berkenaan.

Mereka bagaimanapun terselamat dan berjaya keluar dari rumah teres dua tingkat berkenaan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.01 pagi dengan operasi pemadaman melibatkan seramai 14 anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja dan Andalas.

“Pemeriksaan lanjut mendapati api sedang marak memusnahkan rumah berkenaan terutama bahagian atas.

“Kebakaran itu turut melibatkan sebuah kereta Proton Waja milik mangsa yang berada di tingkat bawah premis,” katanya ketika dihuhungi hari ini.

Jelas Norazam, kebakaran memusnahkan 50 peratus rumah itu dengan api berjaya dikawal dalam tempoh lapan minit.

“Ketika kejadian, enam sekeluarga berada di dalam rumah berkenaan iaitu ibu dan ayah bersama empat anak mereka.

“Kesemua mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum ketibaan bomba. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI