fbpx

Rakyat Malaysia diberi masa sebulan ambil kenderaan terkandas di Thailand secara percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan Komplekas Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Rantau Panjang (ICQS). – The Thaiger

BANGKOK – Kerajaan Thailand akan memberi masa sebulan kepada rakyat Malaysia untuk mengambil kenderaan mereka yang terkandas secara percuma bermula 1 hingga 30 Jun ini, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Beratus-ratus kereta dengan nombor plat Malaysia dilaporkan terkandas di Thailand apabila sempadan negara itu ditutup lebih dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19. 

Selepas 30 Jun ini, Thailand akan mengenakan bayaran kepada pemilik untuk memmbawa balik kenderaan mereka yang terkandas.

Ia boleh dibawa pulang ke Malaysia melalui pusat pemeriksaan sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Rantau Panjang (ICQS), demikian menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

“Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang mana kenderaan mereka terkandas di Thailand untuk bertindak segera sebelum kerajaan Thailand mengenakan bayaran semula selepas tarikh akhir,” kata beliau.

Siti Zailah berkata, perkara itu dipersetujui pada pertemuan dengan 13 agensi berkaitan penyelarasan pembukaan semula sempadan Thailand-Malaysia.

Beliau memahami kebimbangan dan kekangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia apabila kenderaan mereka terperangkap di Thailand selama lebih dua tahun, tambahnya.

Pada Ogos 2020, kerajaan Malaysia memulangkan kenderaan Thailand yang terkandas melalui pusat pemeriksaan imigresen Sungai Golok. 

“Sukarelawan pertahanan wilayah yang menghantar kereta itu terpaksa dikuarantin selama 14 hari selepas mereka kembali ke Malaysia,” jelas Siti Zailah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI