fbpx

MEDEC tawar koperasi sekolah sertai Coopmart

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh merasmikan kedai koperasi SMK Seri Desa, Tanjong Karang hari ini.

KUALA SELANGOR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDEC) membuka tawaran kepada koperasi sekolah di seluruh negara untuk menyertai Coopmart.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, langkah itu bertepatan dengan inisiatif kerajaan dalam mengurangkan impak kenaikan harga barang terutama golongan B40.

Katanya, banyak sekolah ketika ini sudah meluaskan perkhidmatan sedia ada dengan turut menjual barangan keperluan asas pada harga murah.

“Justeru, saya berasakan koperasi sekolah kini boleh dinaik taraf menjadi Coopmart dan kita mengalukan penyertaan itu.

“Koperasi itu bukan hanya berfungsi bagi kegunaan warga sekolah malah turut boleh dibuka kepada orang awam,” katanya selepas merasmikan kedai koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Desa, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Jelas Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan untuk menaik taraf koperasi sekolah itu.

“Perbincangan itu meliputi faktor peraturan, lokasi dan keselamatan sekiranya orang awam memasuki sekolah untuk berurusan jual beli.

“Kita amat mengalukan mana-mana sekolah yang berminat untuk bersama menyertai Coopmart,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan menyasarkan pembukaan sebanyak 500 Coopmart di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI