fbpx

Seorang wanita parah, 2 cedera angkara pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita parah manakala dua lagi cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.40 petang melibatkan dua buah kenderaan jenis Volkswagen Polo dan Perodua Myvi.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dan Pudu dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) telah tiba di lokasi untuk memberi bantuan.

“Kejadian ini telah menyebabkan dua wanita cedera ringan manakala seorang lagi wanita cedera parah.

“Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, sebatang pokok telah tumbang di Jalan Bukit Bintang menghala ke Jalan Raja Chulan.

“Insiden terbabit telah menyebabkan seorang wanita tempatan yang menaiki kereta jenis Volkswagen Polo telah patah kaki dan tersepit dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak hospital untuk menerima rawatan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI