fbpx

Raducanu teruskan episod kegagalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU

PARIS – Pemain pilihan ke-12, Emma Raducanu mengakui kekal positif meskipun ter­singkir seawal pusingan kedua saingan Terbuka Perancis selepas tewas mengejut kepada wakil Belarus, Aliaksandra Sasnovich awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Raducanu yang juga juara kejohanan Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS) musim lalu gagal meneruskan momentum apabila Sasnovich berjaya mempamerkan kebangkitan dramatik untuk menang dengan keputusan 3-6, 6-1, 6-1.

Kata Raducanu, kekalahan tersebut sememangnya pahit untuk ditelan, tetapi mahu bersikap lebih terbuka kerana perjalanan kariernya dalam siri Jelajah WTA baru memasuki usia setahun dan masih banyak perlu dipelajari.

“Saya akan jadikan kekalahan ini sebagai pengalaman untuk bangkit pada kejohanan akan datang dan sudah tentu memperbaiki setiap kelemahan yang ada kerana sedar saya bukanlah atlet sempurna.

“Secara jujur, saya hanya setahun berada dalam siri Jelajah WTA dan apa yang saya lalui sepanjang 12 bulan lepas adalah sesuatu yang luar biasa selain banyak yang dipelajari daripada atlet-atlet lain.

“Berdasarkan setiap kejohanan yang saya sertai, saya akui lebih ramai atlet yang ber­aksi lebih baik berbanding saya tidak kira status ranking mereka dan situasi itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk berusaha melakar kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Prestasi pemain berusia 20 tahun yang juga atlet berdarah kacukan China-Kanada sejak mencipta kejutan menjuarai Terbuka AS tahun lepas tidak begitu memberangsangkan ekoran sering dibelenggu kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI