fbpx

Lelaki India dera isteri kerana mas kahwin dipenjara 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VISMAYA Nair bertindak membunuh diri setelah didera oleh suaminya berhubung mas kahwin mereka. – MS Manesh

NEW DELHI – Sebuah mahkamah di selatan India pada Selasa lalu telah menjatuhi hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah mendera isterinya berhubung mas kahwin sehingga menyebabkan mangsa membunuh diri, lapor stesen penyiaran CNN.

Mahkamah daerah di negeri Kerala mendapati tertuduh, Kiran Kumar bersalah di bawah undang-undang ‘kematian berkaitan mas kahwin’ India.

Undang-undang itu membenarkan pertuduhan dikenakan terhadap individu yang menyebabkan kematian seorang wanita dalam tempoh tujuh tahun pertama perkahwinan melibatkan hadiah dan bayaran mas kahwin.

Mas kahwin di India adalah hadiah yang diberikan oleh pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki. Kiran bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Tertuduh telah berkahwin dengan isterinya, Vismaya Nair selama lebih setahun. Mangsa ditemui meninggal dunia di dalam bilik air di rumah keluarganya di Kerala pada Jun tahun lalu.

Keluarga Vismaya bersetuju untuk memberikan Kiran 100 syiling emas, satu ekar tanah dan sebuah kereta sebagai mas kahwin. 

Kiran bagaimanapun tidak berpuas hati dengan model kenderaan itu dan menuntut diberikan lebih banyak wang, demikian menurut dokumen mahkamah. Tertuduh secara fizikal dan lisan telah menganiaya Vismaya, kata hakim. 

“Dia (mangsa) telah kehilangan semua harapan untuk hidup. Dia sangat terdesak. 

“Perasaan putus asa menyelubungi dirinya. Dia telah dihina dengan teruk kerana mas kahwin sebelum membunuh diri,” jelas hakim. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI