fbpx

Kempunan kekasih, kipas meja jadi mangsa lakon watak teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman video yang menunjukkan seorang pemuda membayangkan kipas meja seperti kekasih yang sedang menyuapnya makanan. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki di  Indonesia tular di media sosial apabila aksinya yang membayangkan sebuah kipas meja sebagai kekasih dimuat naik di laman Instagram, lapor laman Suara.com.

Menerusi kemas kini di akaun @awreceh, pemuda itu memakaikan kipas meja yang diletakkan bersebelahannya kain batik dan melekatkan sudu pada jaring bilah.

Seterusnya, dia mula melakonkan babak suap-menyuap seolah-olah kipas meja itu teman wanita yang sedang menawarkan makanan kepadanya.

Perbuatan aneh lelaki itu mengundang rasa geli hati netizen yang beranggapan ia adalah kesan kerana terlalu lama membujang.

“Ini sudah kes berat, terlalu lama membujang sehingga wujud masalah mental,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Mungkin ini petunjuk bahawa dia mahu pasangan yang senyap dan patuh seperti kipas meja ini,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI