fbpx

Baru sebulan buat ‘kerja’ sudah kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA peralatan dan kenderaan yang disita PPM Wilayah Dua dalam serbuan di Taman Perindustrian Seri Plentong, Masai, Johor Bahru, Isnin lalu.

JOHOR BAHRU – Sindiket yang baru sebulan aktif menyeludup minyak diesel bersubsidi telah berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dalam serbuan Operasi Kontraban di kawasan Taman Perindustrian Seri Plentong, Masai, di sini, Isnin lalu.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner, Muhd. Zailani Abdullah berkata, dalam serbuan pukul 9.30 malam itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun.

Katanya, dalam serbuan tersebut pihaknya turut merampas 6,800 liter diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM14,620.

“Suspek yang ditahan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan tersebut.

“Semua barang rampasan dan suspek telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam serbuan itu, PPM Wilayah Dua turut merampas tong putih berkapasiti 1,000 liter, dua mesin pam minyak dan sebuah lori.

Nilai anggaran kesemua rampasan termasuk minyak diesel bersubsidi berjumlah RM111,620.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI