fbpx

Jangan tularkan kisah kemiskinan orang lain tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Shukri ketika ditemui pemberita di Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri Maik di Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Perbuatan memuat naik kisah kemiskinan seseorang tanpa kebenaran empunya badan di media sosial merupakan satu perbuatan yang ditegah dalam Islam kerana ia memaparkan aib individu tersebut.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, meskipun niat pelaku yang juga warga maya itu baik untuk membantu individu yang kurang bernasib baik namun, hukumnya adalah haram.

Menurutnya, cara mereka juga perlu betul iaitu mempunyai matlamat, niat, tidak menghebohkan aib orang lain malah harus merujuk kepada pihak berautoriti untuk membantu golongan tersebut.

“Dalam Islam, masyarakat tidak boleh mengaibkan seseorang dalam apa juga keadaan sekali pun dan hukumnya adalah haram.

“Maksud haram itu termasuk apabila tindakan mereka yang dikhuatiri menimbulkan kekacauan dari segi pemikiran dan kehidupan seseorang yang kisahnya tular di media sosial,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Kompleks Balai Islam Lundang di sini hari ini.

Yang Dipertua Maik, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz hadir merasmikan majlis itu dan melawat 35 gerai yang menyediakan pelbagai juadah hari raya untuk 1,000 orang tetamu yang hadir.

Mohamad Shukri berkata demikian selepas diminta untuk mengulas mengenai trend masyarakat ketika ini yang menularkan kisahkan kemiskinan termasuk menggunakan kanak-kanak untuk meraih perhatian orang ramai.

Mengulas lanjut, menurutnya, beliau menyarankan masyarakat tidak terus menularkan kisah kemiskinan individu dan mereka digalakkan untuk melaporkan masalah tersebut kepada pihak berkuasa untuk membantu mereka.

Katanya, masyarakat juga perlu menghargai dan menghormati pihak berwajib dalam menangani masalah melibatkan kemiskinan di kawasan masing-masing. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI