fbpx

Shahid Kapoor sukar berjauhan dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHID KAPOOR dan isterinya Mira Rajput.

AKTOR Shahid Kapoor sebenarnya tidak boleh berjauhan dengan isterinya, pelakon Mira Rajput kerana tidak tahan menanggung rindu walaupun dalam tempoh seketika.

Pelakon berusia 41 tahun yang kini mengikuti pengembaraan berbasikal ke Eropah mengakui tidak dapat fokus dengan aktiviti yang dilakukan kerana kerap memikirkan si isteri yang berada di India.

“Saya mengikuti aktiviti berbasikal di Eropah, namun fikiran melayang teringatkan isteri tercinta, Mira yang berada jauh di sini,” ujarnya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Perkongsian pelakon filem Kabir Singh itu turut mendapat perhatian isterinya apabila turut mengakui berasa sangat rindu dengan suami walaupun baru beberapa hari mereka terpisah jauh.

“Saya juga rindukan awak. Pulang segera dengan selamat,” kata Mira.

Shahid dan Mira mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI