fbpx

Saintis dakwa makhluk asing tiada dalam Galaksi Bima Sakti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cox percaya bahawa makhluk asing berada di galaksi-galaksi selain Bima Sakti. - Getty Images

WASHINGTON – Seorang saintis percaya bahawa makhluk asing berkemungkinan wujud, namun ia tidak berada dalam Galaksi Bima Sakti, lapor akhbar Daily Star semalam.

Profesor Brian Cox berkata, tamadun seperti yang dijalani manusia adalah sesuatu yang amat jarang ditemui iaitu hanya satu dalam setiap galaksi secara purata.

“Ia merupakan satu daripada misteri terhebat sama ada perisik makhluk asing telah menemui jalan ke Bumi.

“Jika anda menyuruh saya meneka, saya akan berkata bahawa terdapat banyak mikrob di serata tempat, dan disebabkan itu kita mencari kehidupan di Marikh.

“Terdapat dua trilion galaksi di alam semesta, saya pasti makhluk asing berada di luar sana,” ujarnya.

Cox mengeluarkan kenyataan itu sebagai maklum balas kepada kenyataan Ahli Kongres Amerika Syarikat, Andre Carson yang menyatakan bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) berpotensi memberi ancaman kepada negara itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI