fbpx

HCTM sambut Aidilfitri, raikan kakitangan selepas pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli-ahli keluarga hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kampus Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meraikan seramai 3,000 kakitangan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai penghargaan kepada mereka yang telah bertugas ketika pandemik Covid-19.

Majlis secara terbuka yang diadakan buat julung kali itu merupakan anjuran bersama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Fakulti Perubatan UKM, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK), Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) dan Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI).

Pengarah HCTM, Profesor Datuk Dr. Razman Jarmin berkata, majlis tersebut bukan sahaja diadakan bagi menghargai kekitangan malah memberi peluang kepada ahli-ahli keluarga hospital UKM untuk meluangkan masa bersama.

“Hari ini, kita jemput semua rakan-rakan universiti, pengajar, dan juga ahli-ahli keluarga hospital UKM termasuk hospital yang telah membantu ketika penularan pandemik Covid-19.

“Jadi tahun ini, saya sangat gembira dan bersyukur dapat berjumpa mereka semua. Ini juga adalah penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus sebelum ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Razman berkata, beliau juga berasa bertuah dan bangga melihat kakitangan yg sentiasa mendukung amal riadah dan aktiviti sosial.

“Saya juga turut berbangga melihat pasukan sedia ada dimana mereka sentiasa bersedia dengan segala aktiviti yg dirancang di bawah UKM,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI