fbpx

Dua maut kemalangan tiga motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua mangsa maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap, Yan pada malam semalam.

YAN – Dua lelaki maut, manakala seorang lagi parah apabila motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Muhammad Ridzuan Mohamad Noor, 19, dan Ahmad Ashraf Anwar Majdi, 24, maut di tempat kejadian, manakala yang cedera parah ialah Muhammad Haikal Mohd. Ridzuan, 16.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, siasatan awal mendapati kesemua mangsa tidak memakai topi keledar ketika kejadian.

“Kemalangan disyaki berlaku apabila Muhammad Haikal dan Ahmad Ashraf menunggang motosikal dari arah Sungai Daun menghala ke arah Kuala Kedah, manakala Muhammad Ridzuan pula dari arah bertentangan.

“Setibanya di tempat kejadian, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Ahmad Ashraf bertembung dengan Muhammad Ridzuan sehingga kemalangan berlaku, manakala Muhammad Haikal cuba mengelak lalu terbabas ke tepi jalan sebelah kiri,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI