fbpx
Gambar hiasan.

Pengurusan jenazah perlu disegerakan jika tiada keraguan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pengurusan jenazah sepertimana yang disarankan dalam Islam perlu disegerakan sebaik kematian sesorang itu dipastikan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, perkara itu telah diriwayatkan menerusi sebuah hadis melainkan terdapat keraguan tetang kematian tersebut.

“Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. mengarahkan supaya pengurusan jenazah perlu disegerakan sebaik kematian seseorang itu dipastikan.

“Maka bersepakat ahli-ahli fiqah tentang perkara ini kecuali ada keraguan tentang kematiannya atau tujuan bedah siasat dalam kes-kes tertentu seperti pembunuhan, kemalangan dan sebagainya,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Jelasnya lagi, melewatkan pengurusan jenazah lebih sehari dengan alasan menunggu kehadiran ahli keluarga atau adik beradik yang jauh seperti berada di luar negara juga tidak disarankan.

“Jika mereka sampai setelah jenazah dikebumikan maka mereka boleh bersolat di atas kuburnya.

“Selain itu, jika seseorang itu meninggal dunia pada pagi Jumaat, urusannya akan dibawa selepas solat Jumaat supaya ramai orang bersolat ke atas jenazah berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang individu mempersoalkan tindakan pemandu van jenazah yang menggunakan lampu kecemasan ketika berada dalam kesesakan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE

POPULAR