fbpx

Mesyuarat Kabinet dipercepat bincang kos sara hidup, bekalan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika berucap pada Majlis Perasmian Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP hari ini.

KUALA LUMPUR – Satu mesyuarat Kabinet akan diadakan esok bagi membincangkan dua isu utama berhubung peningkatan kos sara hidup dan bekalan ayam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah meminta agar mesyuarat itu dipercepatkan supaya kedua-dua isu tersebut dapat ditangani segera.

“Selepas ini, kita jangkakan bahawa kos sara hidup akan meningkat dan ini adalah fenomena global berikutan pandemik Covid-19 dan peperangan yang berlaku.

“Kita juga akan berikan perhatian kepada isu bekalan ayam. Jadi esok, mesyuarat Kabinet akan diadakan untuk melihat kedua-dua perkara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan turut meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membentangkan perancangan bagi mengimbangi perkara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI