fbpx
HARIRI (kiri) dan Noor Fazzle (kanan) memotong riben pada majlis Pra-Pelancaran Bas Destinasi Express 2022 di Kota Bharu semalam.

Tambang bas separuh harga laluan KB-KL untuk ibu tunggal, B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang guru yang memiliki dua buah bas eks­pres menawarkan tambang bas separuh harga untuk golongan asnaf, keluarga B40, ibu tunggal, anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar universiti.

Hariri Hanapi, 42, berkata, tawaran istimewa itu bagi perjalanan Kota Bharu ke Kuala Lumpur (KB-KL).

Katanya, beliau dan saudara­nya, Noor Fazzle Mohd. Zawawi, 37, yang juga pemilik bas Destinasi Express menawarkan tambang bas separuh harga itu sejak dua minggu lalu selepas melihat ramai golongan tersebut tidak berkemampuan untuk membeli tiket bas.

“Situasi ini semakin jelas semasa sambutan Aidilfitri lalu apabila ramai yang tidak dapat membeli tiket dari Kelantan ke Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur ke Kelantan.

“Kami menawarkan harga tiket RM22 bagi kedua-dua destinasi ini. Ia merupakan separuh daripada harga yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat bas eks­pres iaitu RM44.

“Dalam tempoh dua minggu beroperasi, jumlah penumpang yang menaiki bas ini mencecah sehingga 80 peratus daripada kapasiti keseluruhan,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad pada majlis Hari Raya dan Pra-Pelancaran Bas Destinasi Express 2022 di Pasir Tumboh di sini semalam.

Menurutnya, sebagai permulaan, dua buah bas Destinasi Express yang dimiliki oleh Awana Wangsa Holiday Sdn. Bhd. itu hanya menawarkan satu trip perjalanan KB-KL atau KL-KB setiap hari.

Katanya, golongan yang terpi­lih itu hanya perlu menunjukkan kad yang mengesahkan mereka terdiri daripada golongan tersebut sebelum membeli tiket bas.

“Dengan sambutan yang menggalakkan, kami bercadang akan membeli lima buah bas tambahan dalam masa terdekat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

POPULAR