fbpx

2,021 kes Covid-19, 3 kematian dicatatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan sebanyak 2,021 kes dengan satu kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 4,489,503 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 3,162 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,425,777 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (878 kes), Kuala Lumpur (345), Pulau Pinang (126), Negeri Sembilan (125), Melaka (108), Perak (98), Johor (85), Kedah (57), Putrajaya (55) dan Sarawak (52).

“Seterusnya, Sabah (41), Pahang (25), Terengganu (12), Kelantan (11), Perlis (2) dan Labuan (1),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,641 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,550 kes.

Sebanyak 28,085 kes aktif dilaporkan melibatkan 26,980 kes dikuarantin di rumah, 18 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,048 kes di hospital, 15 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 24 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI