fbpx

Nabila Razali tular lagi, kali ini ramai jatuh sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NYANYIAN Nabila Razali yang tular dalam media sosial.

JIKA sebut nama Nabila Razali, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran ramai pastinya tentang beberap insiden kejadian nyanyian terkucil sebelum ini.

Namun, semua tanggapan tersebut seperti sudah beransur pudar apabila tular sebuah video Nabila menyanyikan single Putus dalam sebuah program hiburan baru-baru ini.

Menurut segelintir netizen, mereka kagum dengan nyanyian Nabila dan kali ini penghayatannya dikatakan sangat menyentuh jiwa.

“Dahulu ramai mengutuk dia, sekarang lihatlah peningkatannya, Hebat dan mutu vokal semakin baik,” puji netizen.

“Sedih lagu Putus ini, tahniah Nabila kerana berjaya buat ramai sebak termasuk saya,” komen seorang pengguna TikTok.

Video nyanyian Nabila yang sebelum ini terkenal menerusi lagu Peluang Kedua itu meraih lebih 400,000 tontonan dan 20,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI