fbpx
KEUNIKAN terserlah pada rekaan sisinya dengan terdapat butang terlindung di dalam tempat buka pintunya.

Lexus NX350 F Sport dengan imej menggoda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK Lexus Malaysia memperkenalkan model NX pada tahun 2015, ia telah menjadi model popular dalam rangkaian kenderaan utiliti sukan (SUV) sehingga mampu menyumbang sebanyak 55 peratus daripada jualan Lexus di Malaysia.

Inovasi yang ditawarkan telah menjadi peneraju di dalam kelasnya serta menetapkan standard baharu dalam segmen SUV crossover sederhana mewah.

Program pembangunan NX generasi kedua membawa kepada perubahan besar dalam pendekatan Lexus membangunkan kenderaannya dengan mengaplikasikan pemodelan digital dan teknik komputer bagi menghasilkan kejuruteraan lebih bijak yang boleh mencapai jaminan kualiti lebih tinggi.

REKAAN hadapannya menonjol dengan jeriji bercorak baharu rekaan silang dan bampar hadapan dengan splitter.

Baru-baru ini, Lexus Malaysia menjemput penulis untuk hadir ke Litar Antarabangsa Sepang pada sesi memperkenalkan model NX generasi kedua.

Pada sesi itu juga, saya telah diberi peluang untuk memandu uji varian NX350 F Sport. Model ini juga sudah dibuka untuk tempahan dan pandu uji kepada orang ramai.

Sekilas pandang, nampak macam sama dengan generasi pertama tetapi sebenarnya Lexus NX F Sport menggunakan 95 peratus komponen baharu dengan ciri-ciri moden.

Menggunakan platform GA-K yang sama dengan Toyota Harrier dan RAV4 yang diperakui, ia akan memberikan rasa tersendiri kepada pemandu.

Model baharu ini menimbulkan aspirasi lebih jauh kerana ia membawa inovasi yang lebih hebat dan kejuruteraan unggul sekali gus menjanjikan ganjaran dan pengalaman pemilikan yang memuaskan.

Penulis dimaklumkan, jurutera Lexus berhasrat untuk mengekalkan keaslian dan keistimewaan yang digemari seperti rekaan NX, sambil menyuntik elemen reka bentuk generasi seterusnya yang segar dan inovatif ke dalam model baharu.

Ciri dinamik dan kukuhnya telah dipertingkat dengan garisan watak yang dipahat bakal mencipta imej menggoda dan berkuasa.

Pada bahagian hadapannya telah diberikan imej yang lebih berani dengan rupa yang lebih bersih dan bertujuan. Jeriji pula menampilkan corak baharu dengan rekaan silang, manakala bampar hadapan dengan splitter berjaya untuk mencipta kontras sporty.

BUTANG-BUTANG fizikal dikurangkan di bahagian kokpit dengan kebanyakan fungsi ‘dibenamkan’ ke dalam skrin.

Lampu hadapan jenis projektor LED menampilkan ilusi ‘sambungan’ hitam yang menghasilkan kesan lebih tenang dengan rupa DRL berbentuk L.

Reka bentuk pada bahagian sisi Lexus NX F Sport baharu pula membangkitkan tarikan emosi yang kuat dengan profil anggun.

Pada bahagian belakangnya, lampu belakang LED melintang dari kiri ke kanan dengan gabungan lampu berbentuk L. Logo Lexus juga telah diubah suai dengan menggunakan ejaan, secara langsung tampak moden.

Ciri-ciri unik pada bahagian luarannya ialah tempat buka pintu model ini sebenarnya menggunakan butang yang terletak di sebelah dalam pemegang pintu. Tekan butang dan tarik. Mudah dan menarik.

Dari sebelah dalam kereta pula, pengguna hanya perlu tekan dan tolak sahaja pintu untuk dibuka.

Model ini direka dengan mengetengahkan konsep Tazuna yang merujuk kepada hubungan di antara joki dan kudanya yang mana pergerakan halus merupakan terjemahan kepada arahan yang difahami kuda secara intuitif.

Pemodelan digital dan reka bentuk berkomputer membawa kepada pelarasan pelbagai fungsi dalam kokpit baharu Lexus NX.

REKAAN belakangnya tidak dihiasi logo sebaliknya ejaan.

Contoh utama pengaruh konsep Tazuna ialah pengurangan bilangan suis atau butang daripada 78 kepada 45 butang. Butang fizikal dikekalkan hanya untuk tindakan yang kerap digunakan, manakala butang berbilang fungsi pada stereng kini mengawal tindakan lain yang turut membenarkan pelarasan semasa bergerak.

Sentuhan butang sensitif menawarkan tindak balas sentuhan dengan tindakan yang sepadan ditunjukkan pada bahagian atas paparan supaya tumpuan pemandu tidak pernah dialihkan dari jalan raya.

Banyak fungsi yang kurang digunakan telah dibenamkan ke dalam skrin sentuh bersaiz 14 inci yang terletak di tengah-tengah papan pemuka. Panel paparan intuitif dan jelas ini adalah yang terbesar dalam kelasnya dan boleh disambungkan ke Android Auto atau secara wayarles ke Apple Carplay.

Model ini menggunakan enjin turbo 2.4 liter yang menghasilkan 275hp pada 6,000rpm dan tork maksimum 430Nm pada 1,700 hingga 3,600rpm. Kuasa dan tork itu tercipta hasil kerjasama transmisi lapan kelajuan automatik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN