fbpx

Lelaki Finland sempat minta pertolongan di Facebook sebelum mayat ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUBANG JAYA – Seorang lelaki warga Finland sempat memuat naik gambarnya di Facebook dengan tulisan memerlukan pertolongan ke hospital sebelum mayatnya ditemui di kediamannya di Jalan USJ 2/4F di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada rakan lelaki itu selepas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantarnya kepada kepada mangsa tidak dibalas,

“Siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati pintu rumah tidak berkunci, dalam keadaan gelap serta berselerak di bahagian bilik.

“Hasil pemeriksaan lanjut polis menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik ketiga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abd. Khalid berkata, pasukan perubatan di lokasi kejadian bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Menurut jiran mangsa, lelaki berusia 50 tahun itu tinggal sendiri dan merupakan seorang yang mesra serta tidak mempunyai sebarang musuh.

“Berdasarkan kedudukan fizikal mangsa, polis tidak menemui sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya.

Tambah beliau, siasatan sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI