fbpx
Siti Zailah (kiri) pada Majlis Penyampaian Zakat, Bakul Makanan kepada Pengayuh Beca Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 di Jalan Atas Banggol, Kota Bharu hari ini.

Kerajaan teliti keperluan tutup taska, tadika elak penularan HMFD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang meneliti keperluan menutup taska, tadika dan pusat jagaan di seluruh negara bagi mengelakkan penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya memandang serius berhubung isu tersebut kerana ia melibatkan keselamatan kanak-kanak.

Menurutnya, cadangan itu juga merupakan salah satu langkah untuk mengelakkan jangkitan itu menular sehingga mengakibatkan situasi HMFD di negara ini semakin membimbangkan.

“Setakat ini, tiada arahan untuk menutup premis berkenaan. Masih belum ada sebarang keputusan diputuskan sehingga semalam.

“Kita berharap semua pihak termasuk ibu bapa, pengendali taska dan agensi-agensi kesihatan agar sentiasa memantau sekiranya ada institusi yang terlibat dalam kes HMFD,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Zakat, Bakul Makanan kepada Pengayuh Beca Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 di Jalan Atas Banggol di sini hari ini.

Terdahulu, Melaka telah membuat keputusan untuk menutup taska, tadika dan pusat jagaan selama 10 hari selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata, tindakan yang dilakukan oleh Melaka bukan semata-mata berdasarkan keputusan satu agensi, namun melibatkan keadaan semasa jangkitan itu yang semakin menular. – KOSMO! ONLINE

POPULAR