fbpx

Galak pemohon pelbagai latar belakang pendidikan sertai TDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMROSE Mohd. Zain memeriksa kawalan perbarisan pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson hari ini.-Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON – Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa menggalakkan penyertaan golongan muda yang mempunyai pelbagai latar belakang kelulusan pelajaran selain Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai pasukan tersebut sebagai perajurit muda.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain berkata, bagaimanapun, bagi setiap permohonan, ia tetap bergantung faktor fizikal dan kesihatan pemohon.

“Kami di peringkat Tentera Darat sentiasa menghargai kerana ada juga perajurit yang berkelulusan diploma yang menyertai kami. Jika mereka (perajurit muda) yang berminat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi kami akan memastikan mereka ditempatkan mengikut kepakaran dan kelayakan masing-masing.

“Bagi perajurit yang memasuki tentera darat dengan menggunakan SPM dan sekiranya mereka layak, mereka boleh menyambung pelajaran melalui pendidikan jarak jauh (PJJ) atau apa sahaja kemudahan pembelajaran untuk mereka. Saya sentiasa menggalakkan mereka mencapai kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Seramai 2,497 Perajurit Muda telah berjaya menamatkan latihan bagi pengambilan pada kali ini yang mana ianya terdiri daripada 2,234 orang Perajurit Muda lelaki dan 263 orang Perajurit Muda wanita.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI