fbpx
Hoo Pang Ron-Cheah Yee menewaskan pasangan Indonesia Adnan Maulana-Mychelle Bandaso, 18-21 21-16 21-17

Sukan SEA Vietnam: Badminton tetap pulang dengan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI – Satu emas dalam genggaman apabila pasukan badminton negara melakukan kejutan sejurus dua pasangan beregu campuran mengesahkan tempat ke final di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 esok.

Meskipun skuad badminton negara diletakkan tanpa sebarang pingat selepas menghantar barisan muda ke temasya dwitahunan tersebut, ternyata pasangan meningkat naik, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See beraksi cemerlang menumpaskan lawan masing-masing di separuh akhir.

Pada saingan tersebut, Tang Jie-Yen Wei melakar kemenangan menundukkan pilihan pertama dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dengan keputusan 20-22 21-13 21-18 pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Bac Giang.

Momentum kemenangan tersebut diteruskan Pang Ron-Yee See apabila berjaya menumpaskan cabaran pasangan Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso 18-21 21-16 21-17.

Keputusan tersebut sekali gus mengesahkan kedudukan satu dan dua milik Malaysia dan mampu memberi kilauan emas ke-38 di bumi Hanoi.

Mengikut rekod, kali terakhir pasangan beregu campuran memenangi emas di pentas Sukan SEA adalah pada 1999 di Brunei menerusi gandingan Chew Choon Eng- Chor Hooi Yee. Keputusan itu sekali gus menyaksikan kem badminton tidak pernah pulang dengan tangan kosong apabila menjadi penyumbang emas untuk kontinjen Malaysia. -KOSMO! ONLINE

POPULAR