fbpx

Kolaborasi Mobile Legends dengan tiga selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janna, Hairul dan Hun yang dipilih sebagai wira avatar Mobile Legends terbaru sepanjang musim Aidilfitri ini.

PETALING JAYA – Komuniti permainan dalam talian terkenal, Mobile Legends (ML) mengumumkan tiga wira terbaru yang bakal bertempur iaitu Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem untuk menghangatkan lagi kempen 515.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pemilihan tiga selebriti itu sangat menepati sasaran dan perancangan syarikat teknologi yang berpengkalan di Shanghai itu untuk mengukuhkan pasaran di Asia Tenggara.

“Sejak dikeluarkan pada 2016, kami sentiasa mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami.

“Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan. Janna Nick adalah salah seorang selebriti yang berbakat besar di Malaysia dan telah menerima banyak pengiktirafan,” kata kenyataan tersebut.

Ketiga-tiga mereka mewakili Avatar masing-masing.

Tambahnya lagi, pemilihan dua pelakon lain yang sama taraf dengan Janna seperti Hairul Azreen dan Hun Haqeem turut menjadi kebanggaan mereka dipilih sebagai wira ML.

“Hairul Azreen pula adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan pemain Mobile Legends di Malaysia.

“Dikenali sebagai seorang yang sangat komited dalam kerjaya seni dan seni mempertahankan diri, menjadikan Hairul Azreen persona yang sangat sempurna dalam Mobile Legends.

“Hun Haqeem pula berasal daripada negeri Sarawak dan secara tidak langsung menyempurnakan identiti citra warna Malaysia. Dengan dinamik mudanya, dia melengkapkan Trio MLBB 515 pada musim perayaan ini,” katanya.

Menariknya, setiap Wira Mobile Legends ini direka bersesuaian dengan imej sebenar selebriti terpilih supaya para peminat boleh mengenali bintang kegemaran mereka itu.

“Janna sebagai Tangwanwan, seorang penstrim berbakat dan muzikal, kemahiran Tang Wanwan adalah melontar dart.

“Hun pula sebagai Ling, seorang pendekar pedang berkemahiran tinggi dan seorang murid kepada Dragon Master, yang perjalanannya tidak dijangka dalam permainan ini.

“Manakala, Hun pula sebagai Yin, seorang yang berdaya saing dan bercita-cita tinggi untuk menguasai semua jenis permainan dan muncul juara,” ujarnya.

Maklumat lanjut, sila ikuti Mobile Legends: Bang Bang dalam Facebook, Youtube dan TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI