fbpx

Russia tempatkan misil nuklear dekat sempadan Finland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRAK pelancar peluru berpandu Iskander-M menyertai perarakan di Red Square, Moscow pada 7 Mei lalu. - AFP

HELSINKI, Finland – Beberapa hari selepas Helsinki me­ngumumkan bahawa ia bersedia menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Russia didakwa memindahkan sejumlah peluru berpandu berkeupayaan nuklear ke sempadan Finland, lapor laman berita Wion News kelmarin. 

Menurut laporan, sekurang-kurangnya tujuh peluru berpandu Iskander dilihat di bandar Russia, Vyborg dekat sempadan Finland.

Moscow juga menempatkan sistem misil balistik jarak dekat (SRBM) Iskander-M ­berham­­pi­­r­an sempadan Ukraine sebelum pencerobohan pada 24 Februari lalu.

Kementerian Pertahanan Uk­rai­ne mendakwa bahawa sekurang-kurangnya 36 pelan­car peluru berpandu Iskander dikerah ke sempadannya dengan Russia. 

Pada tahun 2019, Kremlin mengerahkan peluru berpandu berkeupayaan nuklear itu ke Kaliningrad. Misil Iskander mempunyai jarak tembakan 500 kilo­meter dan boleh membawa sama ada peledak konvensional atau bom nuklear.

SRBM Iskander-K pula boleh menembak peluru berpandu kruz dan memiliki keupayaan menembusi kubu bawah tanah termasuk membawa bom berangkai.

Sebelum Pencerobohan Uk­rai­ne, gambar-gambar satelit mendedahkan bahawa Russia te­lah menempatkan pesawat tempur Su-25 dan sistem pertahanan udara S-400 di pangkalan udara Luninets, Belarus bersama sebilangan misil Iskander SS26.

Pada bulan lalu, Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Russia, Dmitry Medvedev berkata, Moscow akan  menempatkan peluru berpandu nuklear dan hispersonik untuk mengukuhkan pertahanan di Laut Baltik sekiranya Sweden dan Finland menyertai NATO.

Sementara itu, Kremlin menyatakan bahawa pihaknya mengusir dua kakitangan Kedutaan Finland di Russia selepas Helsinki menghalau dua diplomat Moscow. Menurut Kremlin, Finland mengambil pendekatan konfrontasi terhadap Rusia.

Finland dan Sweden telah memaklumkan kepada sekutu NATO bahawa kedua-duanya mahu menyertai pakatan ketenteraan tersebut selepas Russia meneruskan operasinya terhadap Ukraine.

Pada Isnin lalu, Sweden memberitahu, ia bersedia menyertai NATO sekali gus menamatkan  dasar berkecuali yang menjadi amalan Stockholm selama beberapa dekad selepas Perdana Menteri Magdalena Andersson mengisytiharkan: “Kita meninggalkan satu era dan memulakan era baharu.” 

Bagaimanapun, Presiden Vla­dimir Putin memberi amaran bahawa langkah Stockholm dan Helsinki itu mengundang tindak balas Russia.

“Perluasan infrastruktur ketenteraan NATO di kedua-dua negara ini nyata akan mengundang tindak balas kami (Russia),”  kata Putin. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI