fbpx

Pemandu e-hailing raba penumpang wanita ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu e-hailing ditahan polis kerana mencabul seorang penumpang wanita semasa dalam perjalanan menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Permas Jaya, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Ulu Tiram di sini, malam semalam.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 23 itu baharu sahaja pulang daripada bekerja di sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini.

Asisten Komisioner Raub Selamat

“Semasa dalam perjalanan, suspek beberapa meminta mangsa duduk di tempat duduk hadapan namun mangsa menolak permintaan tersebut kerana bimbang keselamatan dirinya.

“Ketika kenderaan dipandu suspek berada di Jalan Bakar Batu berhampiran persimpangan South Key, mangsa terpaksa menurut kehendak suspek dengan berpindah ke tempat duduk penumpang hadapan.

“Suspek kemudiannya bertindak mencabul kehormatan mangsa dengan meraba bahagian dada mangsa beberapa kali, sebelum mangsa menolak suspek dan berjaya melarikan diri keluar daripada kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI