fbpx

MGB catat untung RM6.82 juta suku pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – LBS Bina Group melalui anak syarikatnya, MGB Berhad (MGB) yang terlibat dalam solusi pembinaan dan pembangunan hartanah, mencatatkan pendapatan RM178.59 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, naik sebanyak 6.57 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai dan keuntungan selepas cukai pula masing-masing men­catat sebanyak RM11.23 juta dan RM6.82 juta.

Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Lim Hock San berkata, sejajar matlamat ke arah pemulihan ekonomi, segmen pembinaan dan perdagangan merupakan penyumbang terbesar kepada keuntungan MGB.

Jumlah pendapatan yang direkodkan meningkat sebanyak 11.8 peratus kepada RM174.01 juta berbanding suku pertama tahun sebelumnya dengan RM155.62 juta.

Lim Hock San

Tambah beliau, peningkatan positif pada rekod pendapatan merupakan sebahagian daripada sumbangan projek hartanah se­perti Re­sidensi Bintang Bukit Jalil dan Mercu Jalil di Bukit Jalil serta Ritma Perdana dan Melodi Perdana di LBS Alam Perdana.

“Konflik Rusia dan Ukraine memberikan permulaan yang tidak begitu baik kepada keputusan suku pertama.

“Meskipun berlaku kenaikan harga bahan-bahan mentah dan kekurangan tenaga buruh, MGB terus kekal memberikan keuntungan yang stabil. Kami sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam tempoh yang tidak menentu ini.

“Perancangan perniagaan yang berdisiplin dan kawalan kos adalah faktor utama yang diberi tumpuan dalam menjalankan perniagaan kami,” katanya dalam kenyataan.

Hock San menerangkan, Kumpulan telah menerima tempahan sebanyak RM1.74 bilion dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM2.15 bilion di bawah segmen pembangunan hartanah.

Kumpulan juga menjangkakan pendapatan kira-kira RM4 bilion pada tahun akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI