fbpx

Barca gagal tunai permintaan Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (kiri) meminta bayaran gaji yang dianggap terlalu tinggi menyebabkan Barcelona tidak berminat untuk mendapatkan khidmatnya. – AFP

BARCELONA – Presiden Barcelona, Joan Laporta mendedahkan bahawa bintang Perancis, Kylian Mbappe meminta bayaran gaji mencecah €50 juta (RM231.2 juta) kepada mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya untuk saingan musim depan.

Permintaan itu dibuat oleh pemain Paris Saint-Germain ber­kenaan kepada Real Madrid dan Laporta menegaskan jumlah itu jelas mengurangkan minat Barcelona untuk mendapatkan khidmat Mbappe.

“Walaupun kami mempu­nyai wang untuk melakukannya, kami pasti tidak akan bersetuju kerana tidak mahu menambah beban kepada akaun gaji pasukan dan masalah ini tidak boleh lagi ber­ulang. Itulah yang kami lakukan dalam kelab ini sekarang.

“Kami tidak boleh melangkaui jumlah tertentu. Mbappe meminta bayaran bersih €50 juta (RM231.2 juta). Mbappe kini berada di tahap tertinggi, namun dia belum pernah menjuarai Liga Juara-Juara dan pastinya ini juga akan diambil kira,” katanya.

Ketika PSG masih berusaha untuk mengekalkan khidmat Mbappe, pemenang Piala Dunia itu dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai Real Madrid sebagai ejen bebas selepas kontraknya bakal tamat bulan depan.

Sepanjang 216 penampilan bersama PSG setakat ini, Mbappe sudah pun mencipta 168 gol dan menyumbangkan 77 ban­tuan jaringan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI