fbpx
Azman Shah (kanan) menerima anugerah daripada Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, TrainForTrade, Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) di Vancouver, Kanada baru-baru ini.

Northport terima anugerah IAPH 2020 Sustainability Award

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd (Northport) telah diumumkan sebagai pemenang anugerah IAPH 2022 Sustainability Award di bawah kategori Keselamatan, Kesihatan dan Sekuriti dalam satu majlis di Kanada baru-baru ini. 

IAPH atau International Association of Ports and Harbors adalah gabungan global dengan ahlinya terdiri daripada pihak berkuasa pelabuhan, pengendali pelabuhan serta perniagaan berkaitan pelabuhan dari 87 buah negara. 

Pelabuhan di bawah IAPH mengendalikan kira-kira satu pertiga daripada dagangan perairan dunia dan lebih daripada 60 peratus trafik kontena dunia.

Melalui projek bertajuk Perjalanan Ke Arah Kecemerlangan HSE,  Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, pengiktirafan daripada institusi global yang disegani seperti IAPH, telah menobatkan ia sebagai  pelabuhan Malaysia pertama memenangi anugerah IAPH Sustainability Award yang berprestij ini.

“Ia  adalah satu penghormatan dan pencapaian yang cemerlang buat Northport,” katanya dalam kenyataan.

Azman Shah hadir pada majlis makan malam Gala bersempena Persidangan Pelabuhan Dunia IAPH  di Vancouver, Kanada baru-baru ini.

Selain itu, beliau menjelaskan, perjalanan Northport ke arah mencapai kecemerlangan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) telah bermula pada 2012 dengan fasa transformasi bagi menggalakkan perubahan minda dan tingkah laku dalam kalangan kakitangannya.

Pada tahun 2016, tumpuan telah beralih ke fasa pelaksanaan berkesan bagi menguatkuasakan semua pelan tindakan ke arah mencapai matlamat HSE. 

Seterusnya pada tahun 2019, Northport memulakan fasa sokongan dan penambahbaikan berterusan untuk mengukuhkan amalan HSE yang terbaik dalam kalangan pemegang taruhnya. 

“Fasa ketahanan dan kesinambungan perniagaan telah dilaksanakan pada tahun 2020 bagi mengukuhkan komitmen Kumpulan terhadap pengurusan kesinambungan perniagaan dalam mendepani pandemik Covid-19,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

POPULAR