fbpx

DSP mati di pejabat disyaki kerana serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashari

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) ditemui meninggal dunia di pejabatnya di Menara KPJ, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pegawai yang berusia 42 tahun itu dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Arwah bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan siasatan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Kematian pegawai terbabit disyaki berpunca daripada serangan jantung,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, jenazah arwah telah dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI