fbpx
Keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di tol Surabaya yang menyebabkan 13 kematian. - Merdeka

Kemalangan bas di tol Surabaya ragut 13 nyawa penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas di plaza tol Surabaya-Mojokerto telah meragut 13 nyawa dengan 12 penumpang lain cedera parah, lapor laman berita Suara Merdeka, semalam.

Menurut maklumat awal yang diperoleh pihak polis, kejadian berlaku sekitar pukul 6.15 pagi (waktu tempatan) yang melibatkan sebuah bas ekspres Ardiansyah.

Kronologi kejadian bermula apabila bas tersebut yang membawa kira-kira 25 penumpang bertolak dari Jogjakarta ke Surabaya.

Bas itu bergerak pada kelajuan sederhana di lorong kiri sebelum berpusing dan melanggar tiang papan tanda di tepi jalan tol tersebut yang menyebabkan ia terbalik.

“Punca kemalangan dipercayai disebabkan oleh pemandu yang mengantuk, namun ia hanya tanggapan awal.

“Pemandu bas mengalami kecederaan parah dan belum boleh disoal siasat,” demikian menurut Ketua Kawalan Jalan Raya Polis Jawa Timur, Senior Asisten Komisioner, Dwi Sumrahadi.

Kesemua mangsa sedang dirawat di pelbagai hospital berdekatan di Sidoarjo dan Mojokerto. – Agensi

POPULAR