fbpx

Kaji semula insentif pelaburan sedia ada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat MPN di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. /FOTO FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PUTRAJAYA – Majlis Pemulihan Negara (MPN) mahu kerajaan mengkaji semula insentif-insentif pelaburan sedia ada dan memperbaiki ekosistem pelaburan sedia ada sekali gus menyokong usaha pemulihan negara.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antaranya termasuk memberi pengecualian syarat pemilikan ekuiti Bumiputera bagi perolehan tanah melebihi RM20 juta bagi pelaburan asing dalam sektor perkhidmatan untuk tempoh selama dua tahun.

Beliau berkata, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melaporkan pelaburan asing bernilai RM58 bilion tidak dapat direalisasikan kerana kekangan pelabur untuk memenuhi syarat ini.

“Syarat ini boleh dikenakan kembali apabila ekonomi pasca pandemik telah pulih sepenuhnya. Langkah seumpama ini pernah diambil oleh kerajaan sebelum ini semasa negara menghadapi krisis ekonomi,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Jelas beliau, Malaysia telah berjaya menarik RM306.5 bilion pelaburan pada tahun 2021 meskipun kekangan akibat pandemik global Covid-19.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, MPN juga mahu kerajaan merangka inisiatif dan bantuan bagi meningkatkan kapasiti pemain industri pelancongan yang telah terjejas teruk selama dua tahun lalu.

Menurutnya, Tourism Malaysia berpendapat masih terdapat peluang menambahbaik sektor pelancongan negara berikutan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) serta pembukaan semula sempadan antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI