fbpx

BSN laksana kenaikan 25 mata Kadar Asas dan Deposit Tetap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bank Simpanan Nasional (BSN) akan melaksanakan kenaikan 25 mata asas yang sepadan dalam Kadar Asas dan Kadar Deposit Tetap.

BSN dalam satu kenyataan berkata, ia selaras dengan pengumuman Bank Negara Malaysia mengenai kenaikan 25 mata asas dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) daripada 1.75 peratus kepada 2 peratus pada 11 Mei 2022.

Selain itu, katanya semua kemudahan pembiayaan berdasarkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) juga akan dinaikkan sebanyak 0.25 peratus.

“Semua perubahan kadar akan berkuat kuasa pada 20 Mei 2022,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI