fbpx

Warga emas dikhuatiri terjatuh laut ketika mencandat sotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota APMM sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat T. Razaki yang disyaki terjatuh laut di perairan Chendering, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas mencandat sotong dikhuatiri lemas selepas disyaki terjatuh ke dalam laut berhampiran Kuala Cendering di sini hari ini.

Kehilangan mangsa, T. Razali Wok, 74, disedari tekong bot sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke pengkalan pada pukul 5.30 pagi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Saufi Mohd. Ramli berkata, sebelum kejadian, T. Razali bersama tiga rakan lain keluar ke laut semalaman untuk mencandat sotong.

“Sewaktu bot dinaiki mereka merapati jeti, tekong bot tersebut menyedari ketiadaan mangsa.

“Menurutnya, kali terakhir kelibat mangsa dilihat berada di atas bot itu pada kedudukan empat batu nautika dari Kuala Chendering,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Saufi berkata, tekong bot berkenaan yang menyesyaki T. Razali telah terjatuh dari bot telah memaklumkannya kepada Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan, Pahang.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan dengan menggunakan bot peronda Perkasa.

“Kita menasihatkan orang ramai sentiasa memakai jaket keselamatan sewaktu melakukan aktiviti di laut termasuk mencandat sotong,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI