fbpx

Enjin kereta masih hidup, lelaki hilang di Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta Perodua Myvi dipercayai milik mangsa ditemui di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang dekat Seberang Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dikhuatiri hilang dipercayai selepas terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 4.0 arah Perai dekat sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 11.42 pagi mengenai seorang lelaki yang didakwa terjun dari jambatan sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih dalam keadaan enjin masih hidup di atas jambatan.

“Usaha mencari mangsa dijalankan bermula dari atas jambatan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan, pemeriksaan di dalam kereta mangsa telah menemui dokumen pengenalan diri mangsa bersama geran kereta selain perkakasan rumah seperti kipas angin dan beberapa telefon bimbit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI