fbpx

Tiga pengantin hamil bersanding serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Muhammad Nabiel, Shahira, Firdaus, Intan Sofienaz, Muhammad Najieb dan Ismawita ketika sedang memotong kek pada majlis itu di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Tiga pasangan pengantin yang sedang hamil bersanding serentak di Pusat Konvensyen Casa Lagenda di sini hari ini.

Menurut bapa pengantin, Ahmad Fuad Yahya,60, ketiga-tiga anaknya, Intan Sofienaz, 32, Muhammad Nabiel, 28 dan Muhammad Najieb, 28 bernikah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Katanya, Intan Sofienaz dan pasangan Firdaus Mazlan, 40 bernikah pada 11 Mac tahun lalu manakala Muhammad Nabiel dan pasangan Shahira Azmi, 32 pada 22 Februari tahun lalu dan Muhammad Najieb dan pasangan Ismawita Isrul, 28, pada 8 November lalu.

“Isteri Najieb kini sedang hamil 7 bulan, isteri Nabil 5 bulan manakala Intan Sofienaz baru dua bulan.

“Kami sebenarnya tidak merancang untuk mengadakan majlis serentak tetapi majlis yang dirancang sebelum ini tertangguh atas beberapa sebab,” katanya ketika ditemui pada majlis itu hari ini.

Tambahnya yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Am Bernama, majlis pernikahan anak-anaknya sebelum ini diadakan di masjid dan pejabat agama.

“Intan Sofienaz bernikah di pejabat agama manakala Nabiel dan Najieb diadakan di masjid.

“Kesukaran mencari dewan untuk majlis sebelum ini juga menjadi faktor majlis perkahwinan ini baru diadakan,”tambahnya.

Sementara itu, menurut ibunya, Cik Rashidah Abd Ghani, 60, dia bersyukur walaupun majlis tertangguh agak lama tetapi dapat diadakan hari ini.

“Paling utama niat saya untuk adakan majlis ini sebagai majlis kesyukuran dan meraikan tetamu.

“Alhamdullilah, SOP (prosedur operasi standard) juga sudah dilonggarkan baru-baru ini. Namun majlis ini turut diadakan mengikut SOP yang ditetapkan ketika ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI