fbpx

Neelofa berpurdah, gaya tetap ‘vogue’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA memukau dalam persalinan rona perak yang sangat elegan ketika muncul dalam program MeleTOP baru-baru ini.

LAMA rasanya tak lihat Neelofa tampil berfesyen selepas mengambil keputusan untuk mengenakan purdah sejak setahun lalu.

Seperti diketahui ramai, sebelum Neelofa mengambil keputusan berpurdah, isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu memang terkenal sebagai selebriti tempatan yang bijak bergaya dan selalu tampil dengan pakaian berjenama antarabangsa.

Baru-baru ini, Neelofa sekali lagi menarik perhatian ramai ketika menjadi tetamu istimewa dalam program MeleTOP apabila tampil penuh bergaya walaupun dalam keadaan berhijab.

Ketika tampil dalam program tersebut, Neelofa dilihat memakai sepasang pakaian dengan rona ‘metalic silver’.

Jaket ‘oversized’ yang digayakan Neelofa sangat menyerlah sehingga menampakkan ibu kepada seorang cahaya mata itu kelihatan lebih ranggi. Macam model antarabangsa.

Rata-rata peminat termasuk Diva sendiri teruja melihat Neelofa kembali berfesyen selepas asyik dilihat berjubah sepanjang masa.

Malah, ada juga yang menggelar Neelofa sebagai muslimah moden kerana masih mampu bergaya dalam imej berpurdah.

“Cantiknya! Masih bergaya walaupun berpurdah,” kata seorang netizen.

“Tetap ‘vogue’ walaupun berpurdah,” komen seorang lagi peminatnya.

“Pakai apa pun cantik,” kata seorang lagi netizen.

Nama pun Neelofa, memanglah vogue!

DIVA: Tumpang pening dengan kenyataan seorang pempengaruh media sosial yang sibuk mempertahankan tarian dan imej hijabnya, aneh-aneh!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI