fbpx

Kerajaan umum paras kemiskinan baharu tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (kanan) semasa menyampaikan taklimat sosioekonomi kepada pengamal media Kelantan di Kota Bharu semalam. - FOTO YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Kerajaan akan mengumumkan paras kemiskinan baharu menjelang awal tahun depan sebaik sahaja proses pengumpulan maklumat berkait dengan perkara tersebut selesai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, paras kemiskinan baharu yang akan diumumkan itu melibatkan golongan miskin tegar, B40, M40 dan T20.

Menurutnya, proses pengumpulan maklumat berkait dengan perkara itu sedang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ketika ini.

“Kerajaan akan membuat semakan berkait dengan pendapatan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah setiap dua tahun.

“Semakan ini perlu dilakukan dalam tempoh jangka panjang kerana pendapatan turun naik. Pandemik Covid-19 yang melanda sebelum ini memberi impak besar kepada pendapatan isi rumah. Jadi tidak adil kajian ini dibuat semasa musim Covid-19 sahaja” katanya seleoas menyampaikan Taklimat Sosioekonomi Kepada Pengamal Media Kelantan di sini semalam.

Ahli Parlimen Jeli itu memberitahu, kerajaan mahu keputusan yang diperoleh mencerminkan situasi semasa ketika ini kerana kadar miskin tegar sentiasa berubah.

Katanya, dianggarkan seramai 262,000 orang golongan miskin tegar di seluruh negara pada pertengahan tahun lalu.

“Jumlah itu menunjukkan penurunan apabila seramai 210,000 orang miskin dinilai pada Februari tahun ini. Penurunan itu terus dilihat pada bulan lalu iaitu sebanyak 159,000 orang.

“Penurunan itu hasil pemutihan yang dilakukan kerajaan selain pembukaan semula semua sektor ekonomi yang sebelum ini ditutup akibat Covid-19,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI