fbpx

Bangkit raih kejayaan lebih tinggi lepas cawangan tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlinda (tengah) meraikan kejayaan mendapat pengiktirafan daripada The BrandLaureate bersama kakitangan.

JOHOR BAHRU – Di sebalik kejayaan Bright Hill Islamic Montessori School hari ini, mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa pengasasnya, Norlinda Daud pernah mengalirkan air mata ketika awal operasinya.

“Pada 2017 saya ada lima cawangan, tetapi tiga daripadanya terpaksa ditutup kerana kurang murid dan tak dapat kawal kos operasi.

“Sewaktu lori bawa barang-barang keluar dan melihat lukisan di dinding bangunan, saya tak berhenti menangis,” ceritanya kepada pemberita baru-baru ini.

Nasib menyebelahi Norlinda apabila seorang rakan memperkenalkan beliau dengan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks.

“Macam-macam program saya pergi seperti Advance Marketing Power, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dan 10x Sales Growth sehingga menjadi ahli Titanium Circle.

“Saya bukan sahaja dapat ilmu perniagaan untuk dunia, malah soal akhirat. Tunjuk ajar Dr. Azizan banyak membantu pusat pendidikan saya bertahan sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP), malah kami mampu membeli dua unit kedai baharu bernilai RM7 juta sewaktu tempoh berkenaan,” jelasnya.

Pusat pendidikan awal kanak-kanak itu berjaya meraih RM4.2 juta pada 2021 dan lebih membanggakan, turut menerima anugerah daripada The BrandLaureate.

Norlinda menyasarkan kutipan RM10 juta tahun ini.

“Alhamdulillah menerusi keuntungan yang diperoleh, saya dapat membantu pembinaan sebuah masjid, manakala situasi ekonomi pekerja turut bertambah baik,” ujarnya.

Maklumat mengenai sekolah tersebut boleh didapati di Facebook Bright Hill Islamic Montessori School.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI